Maklumat Resort

MAKLUMAT RESORT



blogspot landing page

Encik Wan
0192941683


Idaman Beach Holiday Resort adalah sebuah resort yang terletak di Kampung Genting Pulau Tioman. Satu-satunya resort yang terletak di bahagian selatan jeti, kedudukan strategi berhadapan pantai memanjang. Bilik penginapan adalah cukup ringkas namun memenuhi keperluan pelancong. Dapat memuatkan seramai 80 hingga 100 orang dalam satu masa. Resort ini meletakkan anda berdekatan dengan dive centre iaitu Tioman Dive Buddy untuk memudahkan pelancong mencuba sendiri bagaimana menyelam ke dasar laut dan sekali gus dapat mempelajari teknik menyelam dengan betul. Semua bilik penginapan adalah menghadap pantai dan anda boleh terus ke pantai dengan hanya beberapa langkah. Ada gerai cenderamata kecil disini, Sebuah restoran serta gelanggang bola tampar pantai. Anda juga boleh menyewa peralatan snorkeling yang disediakan. Dengan lokasi yang strategi anda boleh menikmati keindahan matahari terbenam dari bilik anda tanpa pergi ke pantai sekali gus mengukir memori indah yang sukar dilupakan.


Formulir Kontak

Name

Email *

Message *

Cari Blog Ini